Ahli kumpulan Feminin (kumpulan)

Kumpulan Feminin pada awalnya terdiri daripada enam orang wanita iaitu :

  1. Asfarina binti Muhamad (As) - vokal utama
  2. Andriaty binti Abdul Rahman (Yatie) - vokal kedua
  3. Rozilawati binti Muhamad (Watie) - vokal harmoni
  4. Noor Intan Zanariah binti Abdul Zaharin (Deq Nor) - vokal harmoni
  5. Nor Askiela binti Zainal Abidin (Along) - vokal harmoni
  6. Ziana Zain - rapper

. Pada tahun 1993, ziana zain telah keluar dari feminin dan menjadi penyanyi solo dan tinggallah feminin berlima. Ziana zain juga pernah rakamkan album rock pada tahun 1994, tetapi tidak diterbitkan gara-gara Malaysia telah haramkan muzik rock. Pada tahun 1994, Feminin telah menghasilkan album kedua yang berjudul "Kini". Dalam album tersebut, Feminin tinggal empat orang anggota setelah Along meninggalkan kumpulan tersebut atas alasan peribadi. Namun nama Feminin tetap utuh di persada muzik tempatan apabila lagu yang berjudul "Kini" menjadi siulan peminat pada waktu itu.

Selepas album Kembali dikeluarkan pada tahun 1996, Deq Nor pula menarik diri kerana beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun tersebut. Akhirnya, Feminin terpaksa akur dengan pembubaran secara rasmi pada tahun 1997 berikutan pengunduran anggotanya dan krisis ekonomi yang melanda negara pada ketika itu.